Thursday, November 18, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Kelebihan membeli emas Public Gold dan Public Dinar

  • Perbezaan harga belian dan harga jualan yang rendah (sekitar 6% sahaja).
  • Harga jualan termurah di seluruh Malaysia
  • Anda boleh menjual balik jongkong emas dan dinar emas dengan harga tertinggi kepada syarikat pada bila-bila masa.
  • Syarikat mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang. Jadi, stok syarikat sentiasa ada.
  • Produk kami mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
  • Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual).

Servis lain yang ditawarkan:-

  • Emas terpakai dibentuk menjadi jongkong emas.
  • Membeli semua jenis barang kemas.
  • Menerima tempahan syiling emas.

Sunday, November 14, 2010

Tentang emas, kenapa simpan emas



Umum mengetahui nilai emas sentiasa naik saban hari. Namun, apakah tindakan anda? Adakah anda telah memiliki logam terpilih ini, ataupun tidak mengambil apa-apa tindakan? Kali ini saya nak kongsi sedikit apa itu emas dan kenapa kita manusia simpan emas.



Allah menjadikan emas sebagai simbol kekayaan manusia. Sejarah manusia dengan emas sebenarnya telah berusia lebih 6,000 tahun yang lalu. Contohnya, pada zaman Firaun dahulu, logam ini telah menjadi simbol kekayaan Firaun. Firaun memiliki emas yang banyak, sehingga emas dibentuk menjadi pelbagai hiasan seperti gelas, topeng dan sebagainya. Apabila matinya Firaun, kerandanya juga dibuat daripada emas.

Kira-kira 2,600 tahun dahulu, manusia telah menggunakan emas sebagai matawang. Matawang emas pertama diperkenalkan di Turki yang dinamakan "Lydian Lion". Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual samada pada harga belian atau jaulan dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi. Emas juga dipilih sebagai matawang kerana setiap berat ditimbang dan dikira untuk menentukan harga pasaran sebenar. Selain itu, emas mudah disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk dan ianya mempunyai nilai tersendiri yang cukup tinggi di seluruh dunia. Emas diiktiraf seluruh dunia sebagai logam mewah sejak turun temurun lagi.


Sifat emas yang mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya menjadikan logam kurniaan ini begitu berharga. Cuba anda bayangkan, jika emas dipotong menjadi serpihan kecil dan ditaburkan.. saya yakin sudah pasti ramai yang berebut-rebut mandapatkan serpihan tersebut. Bayangkan juga seorang yang memotong duit kertas, lalu ditaburkan.. apa jadi..? sudah pasti tiada seorang pun berminat mendapatkan cebisan kertas tersebut kerana nilainya telah hilang. sudah tidak bernilai lagi.


Emas adalah penyimpan nilai terbaik dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana "price to weight ratio" emas yang tinggi. Ianya bermakna emas mempunyai beza harga yang tinggi antara logam yang lain. contohnya, pada masa saya menulis ini, harga emas 999 sekarang adalah RM 166 segram, sedangkan perak bernilai RM 3.80. segram. jauh bukan?Jadi, kenapa tidak kita simpan emas? Jawapannya mungkin kita tidak perasan akan kenaikan harga emas yang meningkat saban hari. Kebanyakan kita hari ini menyimpan wang kertas sebagai simpanan. Tetapi, sedarkah kita bahawa wang kertas yang kita simpan akan berkurangan nilainya disebabkan inflasi. Sebagai contoh, jika kita menyimpan RM 10,000 selama 10 tahun, dengan kadar inflasi purata 4%, tahukah anda, nilai simpanan tadi akan bernilai RM 6,000 sahaja selepas tempoh 10 tahun. Berbeza jika menyimpan emas, dimana kenaikan emas boleh menjangkau 30% - 40% setahun. Jadi, renung-renungkan, dan buatlah pilihan anda.


Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai aset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa. Disamping sebagai pelindung inflasi, emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat.