Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Salam Emas buat semua,

Apa khabar pembaca sekelian? Diharap berada dalam keadaan baik. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca sekelian. Wah, dah masuk tahun 2011! Sedar tak sedar, pantas sungguh masa berlalu. Mari kita sama-sama renungkan kembali tahun-tahun yang lepas, adakah kita mencapai sasaran kita, ataupun sebaliknya. Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan, teruskan kejayaan anda tahun-tahun berikutnya. Bagi yang belum berjaya, teruskan usaha untuk mencapai matlamat anda.

Baiklah, pada posting kali ini, saya nak kongsikan sedikit dengan pembaca-pembaca sekelian tentang bagaimana harga emas ditutup untuk tahun 2010. Mari kita sama-sama lihat. Graf dibawah menunjukkan pergerakan harga emas pada tahun lepas (2010).


Graf pergerakan harga emas 2010

Pada Januari 2010 harga emas ialah USD 1153/oz dan padaakhir Disember 2010, harga emas mencapai USD 1420/oz. Tahun 2010 menyaksikan kenaikan emas sebanyak 23.16%. Banyak bukan? Jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain di negara kita, pelaburan emas boleh dikatakan memberi pulangan yang agak tinggi kepada pelaburnya. Adakah tahun ini sahaja kenaikan harga berlaku pada emas? Saya percaya ramai pembaca bersetuju bahawa harga emas sentiasa meningkat pada masa-masa yang lepas. Baik, sekarang kita lihat pula graf pergerakan harga emas untuk 5 dan 10 tahun yang lepas.


Graf pergerakan emas 2006-2010 (5 tahun)

Graf pergerakan emas 2001-2010 (10 tahun)

Pada Januari 2006, harga emas adalah pada USD 568.75/oz. Jika dikira peratus kenaikan sehingga 2010 adalah sebanyak 149.67%. Hampir 2 kali ganda. Pada Januari 2001 pula, harga emas ketika itu adalah USD 271.10/oz. Jika dikira peratusan kenaikan adalah sebanyak 423.79%. Melebihi 4 kali ganda, ataupun kenaikan 42.37% setahun!

Cukup setakat ini dulu perkongsian saya dan sebagai kesimpulan, emas memang boleh menguntungkan pemiliknya dan pelindung kekayaan. Tapi perlu diingat, emas merupakan satu pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Kepada yang telah melabur, saya pasti anda merasai auranya, dan kepada yang masih belum bermula, milikilah emas pertama anda sekarang. Memang harga emas tengah mahal sekarang, tetapi saya percaya harga emas akan menjadi lebih mahal dimasa hadapan. So, lagi lama tunggu, lagi tinggi harga emas pertama anda. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment