Wednesday, December 29, 2010

Harga Emas Semasa

Salam emas buat semua..

Sebut pasal emas, saya percaya rata-rata antara kita bersetuju ia adalah logam yang mahal dan harga emas juga meningkat saban hari. Sebab itulah emas adalah penyimpan nilai yang terbaik. Persoalannya sedarkah kita berapa peratuskah kenaikan harga emas setahun? Emas berpotensi menjana keuntungan sehingga 20% ke 40% setahun. Hebat bukan? Dengan kenaikan yang begitu hebat ini, saya percaya sudah ramai antara kita yang sudahpun memiliki emas sebagai portfolio pelaburan. Bagi yang belum memiliki emas, saya sangat galakkan anda mula membeli dan menyimpan emas sebagai pelaburanjangkamasa sederhana dan panjang.

Sebelum itu, anda mesti mengetahui pelaburan emas di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu emas fizikal dan emas maya.

  1. Emas fizikal - emas yang dibentuk menjadi bentuk fizikal. Contoh : barang kemas, ketulan emas (bullion / wafer), jongkong emas, syiling emas, dinar emas.
  2. Emas maya - emas yang ditawarkan oleh institusi kewangan dalam bentuk akaun. Contoh : Glod Saving Passbook oleh Maybank,Public Bank Gold Investment Account oleh Public Bank, KFH Gold Account-i oleh Kuwait Finance House (M) Bhd.
Setelah mengetahui kategori tersebut, mulalah mencari informasi tantang emas dimana-mana sahaja, tak kira di website, blog, majalah ataupun seminar-seminar mengenai emas. Seterusnya buatlah pilihan bentuk pelaburan anda, samada emas fizikal ataupun emas maya. Tapi pada pendapat saya emas fizikal lagi best. Boleh pegang dan rasa sendiri emas tulen tu. Lagipun bila kita memerlukan modal, emas tu boleh dipajak di Ar-Rahnu buat seketika. Topik Ar-Rahnu ni InsyaAllah saya akan kongsikan di masa hadapan.

Ok, baiklah, di sini, saya nak kongsikan harga semasa oleh pengedar-pengedar dan instutusi yang menawarkan emas fizikal dan emas maya:

Setelah membuat analisa dan kajian, buatlah keputusan anda yang mana menjadi pilihan hati. Perlu diingatkan juga setiap pengedar/pengeluar menetapkan perbezaan harga jual dan harga beli balik (spread). Jadi, buatlah pilihan bijak. Miliki emas anda sekarang kerana harga hari ini adalah harga terbaik jika dibandingkan pada tahun-tahun akan datang. Wallahualam...